Monday 31 October 2011

PUASA 3

PERKARA YANG  MEMBATALKAN PUASA
1.    Makan atau minum dengan sengaja
2.   Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga badan
3.   Muntah dengan sengaja
4.   Mabuk atau pengsan sepanjang hari
5.   Gila
6.   Bersetubuh pada siang hari
7.   Berbuka sebelum waktunya
8.    Keluar air mani dengan sengaja
9.    Haid
10. Nifas atau wiladah
11. Murtad

PERINGATAN
Orang yang meninggalkan puasa  tanpa sebab adalah berdosa

Thursday 13 October 2011

PUASA 2

TAHUN DISYARIATKAN BERPUASA

Umat Islam mula disyariatkan berpuasa pada 10 Syaaban tahun kedua hijrah. Ia juga disyariatkan kepada umat terdahulu.

HIKMAH BERPUASA

  • Tanda syukur kita kepada ALLAH
  • Puasa melatih diri seseorang bersifat mahmudah seperti sabar, berdisiplin, amanah dan sebagainya
  • Dapat merasai penderitaan yang dialami oleh orang miskin
  • Dapat merehatkan sistem penghadaman di dalam tubuh badan

SYARAT - SYARAT WAJIB PUASA
  1. ISLAM
  2. BALIGH
  3. BERAKAL
  4. MAMPU BERPUASA


RUKUN PUASA

1. NIAT
2. MENAHAN DIRI


LAFAZ NIAT PUASA 

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ اَدَاءِ فَرْضَ شَهْرِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya :
Sahaja aku berpuasa  pada esok hari bagi menunaikan  fardhu bulan ramadhan pada tahun ini kerana Allah Taala 





Tuesday 11 October 2011

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6 ( PUASA )


PUASA
Puasa ialah menahan diri dari makan dan minum dari terbit fajar hingga terbenam matahari serta perkara – perkara yang membatalkan puasa dengan disertakan niat pada malamnya.
HUKUM
Wajib ke atas semua orang Islam yang cukup syarak

Dalil   diwajibkan berpuasa
                      بسم الله الرحمن الرحيم              
يَأَ يُّهَا الَّذِ ينَ ءَامَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
سورة البقرة : اية 183
Maksudnya :
Wahai orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana atas orang – orang yang ter dahulu daripada kamu supaya kamu bertakwa.